MAKSUD CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (CJCP)
CUKAI JUALAN
Cukai jualan ialah cukai berperingkat yang dikenakan pada pengimportan dan pengeluaran sesebuah barangan. Pengeluar barangan perlulah mendapatkan lesen dibawah Akta Cukai Jualan 2018. Kerajaan Malaysia telah menetapkan cukai jualan sebanyak 5% hingga 10% pada setiap barang.
CUKAI PERKHIDMATAN
Cukai perkhidmatan adalah satu jenis pembayaran yang dikenakan kepada pengguna keatas mana-mana peruntukan perkhidmatan. Cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan keatas perkhidmatan yang diimport dan perkhidmatan yang dieksport.
LATAR BELAKANG CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (CJCP)
Pada 1 September 2018, Kementerian Kewangan (MoF) telah menguatkuasakan cukai jualan dan perkhidmatan (CJCP) atau Sales and Service Tax (SST) yang ditadbirkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD). Sebelum GST 6% diperkenalkan pada tahun 2015, Malaysia melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018. SST 2.0 diperkenalkan semula dan dikuatkuasakan pada 1 September 2018 yang menyebabkan GST dimansuhkan pada kadar 6%.
CONTOH KEGIATAN YANG DIKENAKAN JUALAN BARANG DAN PERKHIDMATAN


No comments:
Post a Comment